" Sesungguhnya rumah yang mula-mula di
bangunkan untuk tempat beribadat manusia ialah Baitullah yang terletak
di Makkah ” QS Ali Imran, ayat 96.
Sejarah Ka'bah
Ka’bah adalah bangunan suci Muslimin yang terletak di kota Mekkah di dalam Masjidil Haram. ia merupakan bangunan yang dijadikan patokan arah kiblat atau arah solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,ia merupakan bangunan yang wajib dikunjungi atau diziarahi ketika musim haji dan umrah.
Ka’bah berbentuk bangunan kubus yang berukuran 12 x 10 x 15 meter . Ka’bah disebut juga dengan nama Baitallah atau Baitul Atiq (rumah tua) yang dibangunkan pada masa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail setelah Nabi Ismail berada di Mekkah atas perintah Allah.
Kalau kita membaca Al-Qur’an surah Ibrahim ayat 37 yang berbunyi “Ya
Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku
di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau
(Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar
mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia
cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka dari buah-buahan,
mudah-mudahan mereka bersyukur”,
Ka’bah telah ada
sewaktu Nabi Ibrahim AS menempatkan isterinya Hajar dan bayi Ismail di
lokasi tersebut. Jadi Ka’bah telah ada sebelum Nabi Ibrahim.
Ketika Nabi saw berusia 30 tahun,saat itu beliau
belum diangkat menjadi rasul.Bangunan ini dibina kembali akibat banjir
yang melanda kota Mekkah pada ketika itu. Sempat terjadi perselisihan
faham antara ketua suku atau kabilah ketika hendak meletakkan kembali
Hajar Aswad.Namun berkat hikmah Rasulullah, perselisihan itu berjaya
diselesaikan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.
Pada zaman Jahiliyyah sebelum diangkatnya Rasulullah saw menjadi Nabi sampai perpindahannya ke kota Madinah, ka’bah penuh dikelilingi dengan patung - patung yang merupakan Tuhan bangsa Arab padahal Nabi Ibrahim as yang merupakan nenek moyang bangsa Arab mengajarkan tidak boleh mempersekutukan Allah, tidak boleh menyembah Tuhan selain Allah yang satu, tidak ada yang menyerupaiNya dan tidak beranak dan diperanakkan.
Setelah pembebasan kota Makkah, Ka’bah akhirnya dibersihkan dari patung - patung tanpa kekerasan dan tanpa pertumpahan darah.
Selepas itu, bangunan ini diuruskan dan dipelihara oleh Bani Sya’ibah sebagai pemegang kunci ka’bah dan pemerintahan serta pelayaran haji diatur oleh pemerintahan yang adil iaitu pemerintahan khalifah Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Muawwiyah bin Abu Sufyan, Dinasti Ummayyah, Dinasti Abbasiyyah, dan Dinasti Usmaniyah Turki.
Pada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as, Stuktur asa bangunan Ka’bah terdiri atas dua pintu dan pintunya terletak diatas tanah, tidak seperti sekarang yang pintunya terletak agak tinggi. Namun ketika Renovasi Ka’bah akibat bencana banjir ketika Rasulullah saw berusia 30 tahun,bangunan ka’bah dibuat hanya satu pintu serta ada bahagian ka’bah yang tidak dimasukkan ke dalam bangunan ka’bah yang dinamakan Hijir Ismail (lihat gambar)yang diberi tanda setengah lingkaran pada salah satu sisi ka’bah.Ketika itu pintunya dibuat tinggi letaknya supaya hanya suku Quraisy yang boleh memasukinya.

Hajar Aswad
Hajar Aswad merupakan batu yang dalam agama Islam dipercayai berasal dari syurga. Yang pertama kali meletakkan Hajar Aswad adalah Nabi Ibrahim as. Dahulu kala batu ini memiliki sinar yang terang dan dapat menerangi seluruh jazirah Arab. Namun semakin lama sinarnya semangkin malap dan hingga akhirnya sekarang berwarna hitam. Batu ini memiliki aroma wangi yang unik.Sehingga kini,batu Hajar Aswad tersebut diletakkan di sisi luar Ka’bah sehingga mudah bagi seseorang untuk menciumnya.Mencium Hajar Aswad adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Pada awal tahun gajah, Abrahan Alasyram penguasa
Yaman yang berasal dari Habsyah atau Ethiopia, membangunkan gereja besar
bertujuan untuk menghancurkan Ka’bah dan memindahkan Hajar Aswad supaya
dapat mengikat bangsa Arab untuk melakukan Haji ke Sana. Abrahah
kemudian mengeluarkan perintah supaya penyerangan terhadap Mekkah dan
dipimpin olehnya dengan pasukan gajah untuk menghancurkan Ka’bah.
Beberapa suku Arab menghalang pasukan Abrahah, tetapi pasukan gajah
tidak dapat dikalahkan.
Abrahah telah mengirimkan utusan kepada penduduk kota Mekkah bahawa mereka tidak akan bertempur dengan jika mereka tidak menghalang penghancuran Ka’bah. Abdul Muthalib,ketua suku Quraisy, mengatakan bahawa ia akan mempertahankan hak-hak miliknya, tetapi Allah akan mempertahankan rumah-Nya, Ka’bah.Hari berikutnya, ketika Abrahah bersiap untuk masuk ke dalam kota,kelihatan burung-burung yang membawa batu-batu kecil dan melemparkannya ke pasukan Ethiopia.Kesannya semua orang telah terbunuh.Kejadian ini diabadikan Allah dalam surah Al-Fill.

Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukan kubur Nabi Ibrahim
sebagaimana banyak orang berpendapat. Makam Ibrahim merupakan bangunan
kecil terletak di sebelah timur Ka’bah. Di dalam bangunan tersebut
terdapat batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan
Hajar Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di saat beliau
membangun Ka’bah bersama sama puteranya Nabi Ismail. Dari zaman dahulu
batu itu sangat terpelihara, dan sekarang ini sudah ditutup dengan kaca
berbentuk kubbah kecil. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim yang
panjangnya 27 cm, lebarnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan
jelas dilihat orang ramai.
Multazam
Multazam terletak antara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah berjarak kurang lebih 2 meter. Dinamakan Multazam kerana dilazimkan bagi setiap muslim untuk berdoa di tempat itu. Setiap doa dibacakan di tempat itu sangat diijabah atau dikabulkan. Maka disunahkan berdoa sambil menempelkan tangan, dada dan pipi ke Multazam sesuai dengan hadis Nabi saw yang diriwayatkan sunan Ibnu Majah dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash.

0 komentar:
Posting Komentar